22 April 2024
13 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan dengan penuh meriah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1; YB. Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia dan YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Lebih 20,000 pengunjung telah memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024.