TYT Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menghadiri jemputan sambutan Golden Jubilee of Independence of Bangladesh dan sambutan kelahiran Centenary of Father of the Nation of Bangladesh, H.E Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia di Sharjah Cricket Stadium, Emiriah Arab Bersatu (UAE), tempat berlangsungnya majlis telah disambut oleh Menteri Industri Bangladesh bersama Mr. B M Jamal Hossain, Konsul Jeneral Bangladesh di Dubai, UAE.