TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program Mufti Bersama Umara’ bagi tahun 1443H/2022M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid Cina Negeri Melaka.
Tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Noor Amali @ Muhammad Dhiya’uddin bin Ab Rahim Al-Hafiz, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.
Selesai tazkirah, program diteruskan dengan bacaan khutbah Jumaat yang bertajuk “Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan” yang telah disampaikan oleh YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan Solat Jumaat telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.