TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Majlis Berbuka Puasa bersama Pertubuhan ALUMNI 4B Malaysia anjuran Pertubuhan ALUMNI 4B Malaysia.
Hadir ke majlis YBhg. Datuk Syed Azmi Ahmad bin Syed Nazir Ahmad, Presiden Pertubuhan ALUMNI 4B Malaysia, YBhg. Datuk Wira Hasan Rahman, Pengerusi Alumni 4B Melaka, Ahli Majlis Tertinggi Alumni 4B Malaysia serta Pengerusi-Pengerusi Alumni 4B Negeri-Negeri.
Majlis berbuka puasa ini disusuli dengan Solat Fardhu Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih di Surau Istana Melaka.