TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyaksikan Majlis Tandatangan Memorandum of Understanding (MOU) antara Jamiyah Singapura dan Kafrelsheikh Universiti, Egypt yang diwakili oleh YBhg. Datuk Dr Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura dan YBhg. Prof Dr. Abdelrazak Yosef Desouky, Presiden Universiti Kafrelsheikh.
Turut hadir TYT Encik Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke Kuwait dan TYT Dato’ Dr Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura serta YBhg. Prof Dr. Abdul Razak daripada Universiti Melaka (UNIMEL).