26 Januari 2024
14 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ahli jawatankuasa masjid di Masjid Al-Firdaus, Kem Sungai Udang, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyempurnakan Majlis Penyerahan Coaster Bagi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Sungai, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti; YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas; Tuan Haji Kamal Arifin bin A. Rahman is Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Encik Zulkifli bin Hanifah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka.
PPDK adalah program yang diwujudkan sebagai satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, Keluarga, Komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
PPDK Seri Murni Kem Sungai Udang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 memiliki 28 orang pelatih 2 orang petugas dan 1 orang penyelia.