10 Mac 2024
29 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024M Peringkat Negeri Melaka bersama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Tuan Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan YB Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Taboh Naning serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada asnaf.