ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 01 April 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman manghadiri Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M di Kampus UTeM Durian Tunggal Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM serta hampir 1000 pelajar dan warga kerja UTeM.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh, Pengerusi Yayasan Canselor UTeM kepada Naib Canselor UTeM.
Turut berlangsung sumbangan Ihya’ Ramadhan UTeM 2024, Sumbangan Zakat kepada Pelajar Asnaf dan Sumbangan Baucer Buku Pelajaran Kepada Pelajar B40, Penyerahan Dividen & Sumbangan Daripada UTeM Holdings, Bayaran Dividen kepada UTeM Bagi Tahun Kewangan 2023, Sumbangan Ihya’ Ramadhan UTeM 2024 dan Sumbangan Mahabbah Aidilfitri UTeM 2024.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian Pemberian Sumbangan Tunai & Door Gift Hari Raya kepada Pelajar Asnaf UTeM Daripada Tabung Amal Jariah UTeM.
Usai majlis, TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih serta bermoreh bersama warga UTeM di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM.

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M 2

Majlis Iftar bersama Warga UTeM 1445H/2024M 3

  • Tweet

What you can read next

Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H
Solat Jumaat
Yang di-Pertuan Agong berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Selat, Banda Hilir.
ertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Recent Posts

  • Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation

    Karnival Kesihatan Madani Jom Sihat & Forum Kesihatan World Youth Foundation

    7 Februari 2026 19 Syaaban 1447H TYT Tun Seri S...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP