ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 13 May 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024
12 Mei 2024
3 Zulkaedah 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Pusat Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Melaka.
Hadir sama YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, YAB Datuk Seri Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri; YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; dan YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
SPB Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan Anugerah Inspirasi Ibu kepada Pn. Rahamah Mohtar, 61 tahun.
Pusat Keluarga LPPKN ini merupakan pusat keluarga keenam di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan keluarga dan program kesejahteraan wanita, yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh lebih 300,000 orang penduduk wanita yang berumur 15 tahun dan ke atas di negeri Melaka.
Sejak Pusat Keluarga LPPKN di Melaka beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2024 lalu, ramai golongan wanita terutamanya kaum ibu di negeri ini telah menerima manfaat menerusi pelbagai program yang disediakan.
LPPKN Negeri Melaka menyasarkan 40,000 wanita termasuk kaum ibu akan menerima manfaat menerusi pelbagai program pemerkasaan golongan itu.

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 2

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 3

Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 4

  • Tweet

What you can read next

Menziarahi kawan
Menziarahi beberapa kenalan di Hospital Pantai, Melaka
YT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, Melaka. Majlis turut dihadiri YB. Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; Encik Shaifulfazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka. Majlis dimulakan dengan menyantuni Anak-Anak Yatim dan penyampaian sumbangan oleh TYT Tun Seri Setia serta penyumbang-penyumbang lain. Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib serta Tausiah bertajuk
Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M
ziarah
Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Hoo Ah Ao

Recent Posts

  • Majlis Hi-Tea bersama TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia di Kedutaan Qatar, Putrajaya

    Majlis Hi-Tea bersama TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia di Kedutaan Qatar, Putrajaya

    6 November 2025 15 Jamaldilawal 1447H TYT Tun S...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP