28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H]
YT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Forum Usahawan Muda 2024 anjuran World Youth Foundation (WYF) bersama SME Corporation Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation; YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Melaka; YBhg. Prof.
Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam; YBrs. Encik Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Encik Meor Shahril Anuar bin Ahmad Rathuan, Naib Presiden Perniagaan Negeri.
Forum yang bertujuan untuk membuka ruang diskusi, perkongsian idea, dan pengetahuan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik, mampan, dan berdaya saing bagi usahawan masa kini yang perlu menangani cabaran perniagaan yang semakin kompleks dalam era globalisasi dan transformasi digital.
Dengan adanya forum ini diharap boleh menjadi satu titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh serta idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing serta menjadi medan terbaik untuk kita mendapatkan pencerahan, bertukar pandangan, dan memperkukuh semangat dalam menghadapi cabaran masa kini.