19 Disember 2024
17 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusof, Ketua Menteri Melaka
.
Majlis penyerahan zakat tersebut disertai oleh 16 agensi seperti Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Tenaga Nasional Berhad; TM Technology Services Sdn Bhd; Fazil Agency; Melaka ICT Holdings Sdn Bhd; Cimb Islamic Bank Berhad; Agrobank; Maybank Islamic Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Yayasan Melaka; Affin Islamic Bank Berhad; Lembaga Perumahan Melaka; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; Bousted Plantations Berhad; Bank Simpanan Nasional dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 4,642,181.59.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Tuan Khairul Azreem Bin Mamat; Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.