انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat.
TYT Tun Seri Setia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Mohamad bin Chekmat di kediamannya di Padang Temu, Melaka.
Kemudiaanya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, Ayer Molek, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Hadir sama Tn. Hj. Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tn. Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); Tn. Hj. Zaidan bin Abd. Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Melaka, juga Pengerusi Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka (KOGMAS); En. Mustafa Kamal Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka, dan YBhg. Datuk Harun Abdullah.