6 Januari 2025
6 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Kincir Air dan UTeM OFF Electrical Vehicle (E-ORV) yang diadakan di UTeM Kampus Induk, Durian Tunggal, Melaka.
Hadir sama YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBrs. Profesor. Dr. Zulkifilie Bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa); YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi); YBhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni); YBhg. Datuk Ir. Khalilur Rahman Bin Ebrahim, Pengarah Eksekutif System Consultancy Services Sdn. Bhd.; YBhg. Datuk Lau Ah Kew, Pengerusi M Electric Vehicle Berhad (MEVB).
Turut berlangsung pembentangan projek penyelidikan di UTeM oleh YBrs. Profesor Is. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan sesi pertukaran MoU di antara UTeM dan System Consultancy Services (Scs) Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan YBhg. Datuk Ir. Khalilur Rahman, Pengarah Eksekutif System Consultancy Services Sdn. Bhd. serta sesi penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan dua motosikal elektrik kepada Koperasi UTeM & Penyelidik UTeM oleh YBhg. Datuk Lau Ah Kew, Pengerusi M Electric Vehicle Berhad.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi demonstrasi G-Wheel (Kincir Air) dan UTeM Off-road Electrical Vehicle (E-ORV) serta Smart Ai Surveillance and Security System.
Kemudiannya majlis turut meraikan persaraan YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Ghazali Bin Omar, Timbalan Naib Canselor yang telah berkhidmat di UTeM selama lebih 10 tahun.