3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyambut ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan bercemar duli berangkat ke Makan Malam Tahunan Dan Pelancaran Melaka Culinary Challenge di Hotel Ames, Melaka.
Selaku penaung Persatuan Cef Melaka, Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah dan medal penghargaan kepada 50 cef.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya bersama isteri serta Cef Rizwandy bin Perin, Presiden Persatuan Cef Melaka.