27 Januari 2025
27 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari Pengurusan Tertinggi Dewan Bahasa dan Pustaka yang di ketuai oleh Encik Zulfa Bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hadir sama Puan Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah; Encik Mohd. Riduwan Bin Wahab, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan; Puan Norhasmanalinda Binti Mustapha, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka; Puan Syahidatul Munirah Binti Badrul Munir, Pengerusi Anjung Seni Nilakandi dan Puan Norliza Md Yamin, Tokoh Seni dan Budaya Negeri Melaka.