
30 Januari 2025
30 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Allahyarhamah Datin Razimah binti Mohamed, Isteri kepada YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka.
Majlis turut dihadiri EXCO – EXCO Kerajaan Negeri dan Timbalan EXCO – Timbalan EXCO serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Semoga roh Allahyarhamah Datin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aamiin.



