
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
13 Februari 2025
14 Syaaban 1446H
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Umbai, Melaka.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Encik Khairul iaitu suami dan juga bapa kepada mangsa kebakaran di Umbai yang sedang menerima rawatan di Hospital Jasin.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka juga turut berada di Hospital Jasin bersama TYT Tun Seri Setia.
Peristiwa kebakaran yang tragis ini telah meragut nyawa seorang ibu bersama empat orang anaknya.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman.
Setelah itu, TYT Tun Seri Setia turut melawat beberapa pesakit lain di wad Hospital Jasin. TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan rasa syukur apabila dimaklumkan oleh YBhg. Dr. Azhar bin Mohd Sali, Pengarah Hospital Jasin bahawa telah ada doktor pakar bertugas di Hospital Jasin.
YBhg. Dr. Azhar turut memaklumkan kepada TYT Tun Seri Setia bahawa Hospital Jasin mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk penambahan wad baru kerana kapasiti wad sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai.


