
18 Februari 2025
19 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor yang berlangsung di Dubai, UAE.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor merupakan sebuah syarikat tertumpu teknologi yang membangunkan dan menyokong penyelesaian termaju dalam membantu menyesuaikan penyelesaian perisian IT dengan cepat dan cekap kepada keperluan perniagaan mereka dan mencipta model paling ekonomik untuk disesuaikan dengan kadar pertumbuhan perniagaan.
Syarikat ini juga melaksanakan penyelesaian berdasarkan trend dan teknologi terkini dalam kejuruteraan perisian seperti Robotics Solutions, Artificial Intelligence Solution, Game & Simulations dan GIS & Enterprise Solutions.
Ardhiyat Al Ibdaa Information Solution – Innovation Floor turut bergabung dengan Dubai SME, sebuah badan kerajaan yang matlamat utamanya adalah untuk menguatkuasakan pengetahuan dan pembangunan manusia serta memberi ganjaran kepada usahawan yang luar biasa di seluruh UAE.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mengadakan lawatan ke Rubu’ Qarn Robotic di Sharjah.
Objektif utama penubuhan Rubu’ Qarn adalah untuk Melahirkan Pemimpin dan Inovator termasuk membangunkan serta memodenkan kurikulum, program latihan dan aktiviti inovatif yang menyumbang kepada pembangunan bakat dan kebolehan kanak-kanak, remaja dan belia, dan untuk memastikan pemantauan berterusan di pelbagai peringkat umur.


