
25 Februari 2025
26 Syaaban 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1446H/2025M yang diadakan di Auditorium Al-Azim, Kompleks Al-Azim, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; YB. Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga; YB. Tuan Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Sebanyak lapan kategori dipertandingkan tahun ini antaranya Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-20 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan dan Hafazan Al-Quran (1-30 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang bagi semua kategori serta semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini.



