ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-22

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-221
TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
29 Oktober 2024
26 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen DMDI Kali Ke-22 yang diadakan di Jamiyah Islamic Centre, Singapura.
Hadir sama YBhg Prof. Adj. Datuk Dr. Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Pengerusi DMDI Singapura merangkap Naib Presiden DMDI.
Turut berlangsung pembentangan resolusi konvesyen daripada negara-negara anggota DMDI termasuk juga Biro Belia DMDI.
TYT Tun Seri Setia dalam ucapan penutupnya berharap semoga resolusi-resolusi yang telah dibentangkan oleh semua negara anggota DMDI dan juga Biro Belia DMDI akan dapat dilaksanakan dan tercapai dan bukannya sebagai panduan semata-mata. Ianya perlu dijadikan iltizam untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dalam memperkukuhkan ukhuwah dan kerjasama antara Dunia Melayu dan Dunia Islam.
Dalam majlis yang sama TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan pelancaran Pusat Pembelajaran UTeM @ Jamiyah Singapore, Singapura.

TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-222

TYT TUN SERI SETIA SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP KONVENSYEN DMDI KALI KE-223

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 2024

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 20244
MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 2024
28 Oktober 2024
25 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menghadiri Majlis Makan Malam Konvensyen DMDI Kali Ke-22 Tahun 2024 yang diadakan di Singapura.
Turut hadir TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Singapura; TYT Tuan Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke Kuwait; YBhg. Prof. (Adj.) Datuk Dr. Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapore merangkap Naib Presiden DMDI serta Pengerusi dan wakil wakil negara-negara anggota DMDI.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU/MOA diantara Jamiyah Singapura dan DMDI dengan beberapa syarikat serta universiti-universiti antaranya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dan Universiti Geomatika.

MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 20241

MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 20242

MAJLIS MAKAN MALAM KONVENSYEN DMDI KALI KE-22 TAHUN 20243

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-22

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-223
MANTAN PRESIDEN SINGAPURA SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-22
28 Oktober 2024
25 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kali Ke-22 yang diadakan di Singapura.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Puan Hajah Halimah Yacob, Canselor Universiti Sains Sosial Singapura yang juga Mantan Presiden Singapura.
TYT Tun Seri Setia yang juga merupakan Presiden DMDI telah menyampaikan Anugerah Mansur Shah DMDI kepada YABhg. Puan Hajah Halimah Yacob.
Turut hadir YBhg. Profesor (Adj) Datuk Dr. Hj Mohd Hasbi Bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura merangkap Presiden DMDI Singapura; Yang Berbahagia Prof Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil Bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI Serta Pengerusi dan wakil Negara – Negara Anggota DMDI.
Sebanyak 16 Negara anggota DMDI dari seluruh dunia, iaitu dari Indonesia, Sri Lanka, Kemboja, Thailand, Filipina, United Kingdom, Mauritius, Bosnia & Herzegovina, China, Bangladesh, Australia, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Netherlands telah hadir pada konvensyen kali ini.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengisian forum-forum antaranya berkaitan Ekonomi – Pembangunan perniagaan melalui sistem modal teroka dan pelaburan; Pendidikan – Globalisasi program pendidikan melalui teknologi dan secara hybrid serta Sosio-budaya melestarikan warisan budaya melayu di dunia.

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-221

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-222

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN DMDI KALI KE-224

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1023
TAHNIAH PASUKAN SPRM ACEIO – JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
27 Oktober 2024
24 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102 yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan SPRM ACEIO yang telah menewaskan BOMBA FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang sengit.
Suasana dimeriahkan lagi dengan meraikan hari ulangtahun kelahiran YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Tun Mohd Ali Rustam, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka.
Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1021

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1021

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1022

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1022

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1024

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-1024

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 20241
MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 2024 @ SUNGAI MELAKA
26 Oktober 2024
23 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Perasmian Festival Seni Selat Melaka Sempena International Cultural & Arts Festival (ICAF) 2024 @ Sungai Melaka yang berlangsung di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
ICAF 2024 yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Oktober menggabungkan tiga festival utama iaitu Festival Sungai Melaka, Festival Seni Selat Melaka dan International Folklore Arts Festival.
Istimewanya tahun ini, persembahan yang ditampilkan telah menggabungkan beberapa negara dan negeri dalam Malaysia di atas satu pentas yang mempamerkan seni dan budaya Malaysia dari Melaka, Sabah, Sarawak dan Selangor bersama enam buah negara di bawah International Council Of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) seperti Filipina, Indonesia, Uzbekistan, Thailand dan Korea Selatan.

MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 20242

MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 20243

MALAM GALA DAN PERASMIAN FESTIVAL SENI SELAT MELAKA SEMPENA INTERNATIONAL CULTURAL & ARTS FESTIVAL (ICAF) 20244

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 2024

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 20244
PROGRAM PENGHAYATAN KALAM ILAHI DUN AYER LIMAU 2024
26 Oktober 2024
23 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 2024 yang diadakan di Masjid Raudhatul Solihin, Ayer Limau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam mewakili YAB Ketua Melaka dan YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah di atas penganjuran program ini bagi 3 tahun berturut-turut dengan jumlah penyertaan yang kian bertambah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan khutbah dan pertandingan marhaban serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).

Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 20241

Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 20242

Majlis Perasmian Program Penghayatan Kalam Ilahi Dun Ayer Limau 20243

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA3
KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
25 Oktober 2024
22 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YAA Tuan Haji Azzeman bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA1

KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA2

KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE, MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH1
KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
24 Oktober 2024
21 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima kunjungan daripada YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni, isteri kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah dan YABhg. Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah serta delegasi di Istana Melaka.

KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH2

KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH3

KUNJUNGAN DARIPADA YABHG. TOH PUAN DATUK SERI PANGLIMA (DR.) HAJAH NORLIDAH BINTI TAN SRI DATUK R.M. JASNI, ISTERI KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA1
MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA
23 Oktober 2024
20 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-267 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-267 ini.
Semua DYMM Sultan telah berkenan mencemar duli menghadiri mesyuarat kali ini termasuk DYMM Raja Perlis, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYAM Pemangku Sultan Johor manakala Negeri Kelantan telah diwakili oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Negeri Pahang diwakili oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA3

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA2

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KALI YANG KE-267 HARI PERTAMA4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1023
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
21 Oktober 2024
18 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Makan Malam sempena Piala Agong & Piala Emas Raja-raja Edisi Ke-102 yang diadakan di Istana Melaka.
Hadir sama YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia.

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1021

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1022

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1024

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

Tarikh Kemaskini :
icon qr
logoiso
999525
Users Today : 701
Users Yesterday : 1239
This Month : 7200
This Year : 89799
Total Users : 999525
Views Today : 6312
Total views : 12207266
Who's Online : 8
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP