ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1024
PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-102
18 Oktober 2024
15 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Pelancaran Piala Agong & Piala Emas Raja-raja Edisi Ke-102 yang diadakan di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Hadir sama YTM Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al- Qadri, Tunku Besar Tampin dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohamed, Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Turut berlangsung perlawanan bolasepak antara Pasukan Selangor menentang Pasukan Pahang yang memyaksikan Pasukan Selangor telah berjaya merebut gelaran juara Piala Agong bagi tahun 2024.

PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1021

PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1022

PELANCARAN PIALA AGONG & PIALA EMAS RAJA-RAJA EDISI KE-1023

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS MALAM CINTA RASUL – UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
MAJLIS MALAM CINTA RASUL - UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M4
MAJLIS MALAM CINTA RASUL – UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M
17 Oktober 2024
14 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Malam Cinta Rasul – UTeM Berselawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul Saw 1446H / 2024M yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat lsyak berjemaah di dalam dewan kemudiannya diserikan dengan bacaan Qasidah, Alunan Selawat Mahallul Qiam dan Doa Maulidur Rasul SAW.
Majlis diteruskan dengan Tausiyah yang telah disampaikan oleh YBrs. Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar A-Hamid Ustaz Muhammad Hafiz bin Mohd Haneefa dan Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali.

MAJLIS MALAM CINTA RASUL - UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M1

MAJLIS MALAM CINTA RASUL - UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M2

MAJLIS MALAM CINTA RASUL - UTEM BERSELAWAT SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1446H / 2024M3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA1
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA
17 Oktober 2024
14 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Turut hadir YBrs. Tuan Muhammad Firdaus Bin Shariff, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka.

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA2

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo3
10 Oktober 2024
6 Rabiulakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo semasa mengadakan lawatan sempena menghadiri 13th World Junior, Cadet & U21 Championship yang berlangsung di Italy.
Turut hadir Encik Ahmad Fuad Mohd Norzin, Charge d’Affaires a.i / Minister Counselor / Head of Chanchery Kedutaan Malaysia di Italy.

Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo1

Kunjungan daripada TYT Datuk Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Italy, San Marino dan Kosovo2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-5

Tuesday, 05 November 2024 by tytmelaka
Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-51
LE TOUR DE LANGKAWI MALAYSIA 2024 PERINGKAT KE-5 KUALA LUMPUR – MELAKA
3 Oktober 2024
29 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-5 Kuala Lumpur – Melaka yang berlangsung di MITC, Melaka.
Turut hadir YB. Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan.
Perlumbaan peringkat ke-5 yang bermula daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC) akan menempuh jarak sejauh 163.7km untuk tiba di garisan penamat di MITC, Melaka.
Tahniah kepada semua 105 pelumba yang menamatkan perlumbaan pada peringkat kali ini.

Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-52

Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-53

Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-54

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur

Tuesday, 01 October 2024 by tytmelaka
Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur6
27 September 2024
23 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur.
Turut hadir TYT Dr. Edin Jahic, Duta Besar Bosnia & Herzegovina ke Malaysia dan YBhg. Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, Presiden MBBC.
TYT Tun Seri Setia turut melancarkan Sarajevo Business Dialogue 2024 dan Projek wakaf Al-Quran sebanyak 20,000 buah ke Bosnia & Herzegovina serta laman web rasmi MBBC

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur1

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur2

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur3

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur4

Majlis Jamuan Makan Malam Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC) di Kuala Lumpur5

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas

Tuesday, 01 October 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas4
23 September 2024
19 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas.
Turut hadir YB. Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri merangkap ADUN Telok Mas; YB. Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan mengadakan lawatan ke bilik darjah serta beramah mesra bersama murid-murid dan guru-guru.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan semua pihak yang terlibat dalam menyumbang khidmat bakti bagi merealisasikan projek pembinaan Sekolah Rendah Agama JAIM Kampung Tersusun Bukit Larang ini yang mampu memuatkan seramai 414 orang murid bagi 2 sesi dengan 9 bilik darjah.

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas1

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas6

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas2

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas3

Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama JAIM Al-Qusyairi, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas5

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat AKF Executive Committee di Hangzhou, China

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Mesyuarat AKF Executive Committee yang berlangsung di Hangzhou, China 1
18 September 2024
14 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) menghadiri Mesyuarat AKF Executive Committee yang berlangsung di Hangzhou, China bersempena 20th Asian Senior Karate Championship & 3rd Asian Para-Karate Championship yang diadakan di sini.

Mesyuarat AKF Executive Committee yang berlangsung di Hangzhou, China 2

Mesyuarat AKF Executive Committee yang berlangsung di Hangzhou, China 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 1
15 September 2024
11 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) dianjurkan sempena sambutan Harí Malaysia sejak tahun 2020 lagi. SDPAHM adalah anjuran Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Kumpulan Media Karangkraf.
Dalam ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia berharap PEMUISI sentiasa mengkaji agar aktiviti puisi sastera dapat dijadikan produk pelancongan supaya seni budaya negara kita dapat dipertontonkan, dinikmati, difahami dan dihayati. Program rentas budaya ini mampu menarik pelancong asing mahupun domestik mengenali budaya warisan tempatan. TYT Tun Seri Setia juga menyatakan Melaka mengalu-alukan usaha PEMUISI untuk menganjurkan Festival Puisi Antarabangsa tahun 2025 di Negeri Melaka.
Tahun ini, seramai 15 orang johan di peringkat negeri berentap di peringkat kebangsaan. Pelbagai cabaran telah diberikan kepada semua peserta mengikut kaedah dan syarat yang diperkenalkan dengan kreativiti masing-masing dalam mendeklamasikan puisi dalam bentuk artistik dan memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
Tahniah kepada peserta dari Selangor, Ahmad Saidun Mohamad Mokhtar berjaya mengondol Anugerah Platinum Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia kali ke-5 ini.

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 3

Majlis Sayembara Deklamasi Puisi Artistik Hari Malaysia (SDPAHM) Kali Ke-5, Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024

Thursday, 19 September 2024 by tytmelaka
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 2
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1446H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2024
16 September 2024
12 Rabiulawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 yang bermula di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, merangkap Pengerusi Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka tahun 2024, YB-YB EXCO, YB-YB ADUN, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindir ke Dataran Pusat Islam Melaka membabitkan seramai 123 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Walaupun keadaan cuaca hujan, iainya tidak mematahkan semangat hampir 7,000 peserta perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 1

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

Tarikh Kemaskini :
icon qr
logoiso
999814
Users Today : 990
Users Yesterday : 1239
This Month : 7489
This Year : 90088
Total Users : 999814
Views Today : 8075
Total views : 12209029
Who's Online : 14
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP