ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024

Friday, 16 August 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024
16 Ogos 2024
11 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara; YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; TKP Rosman bin Norman@Normin, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Ismail bin Saleh, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri dan YBhg. Datuk Wong Nai Chee, Ahli Lembaga Pengampunan Negeri.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 2

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah

Wednesday, 14 August 2024 by tytmelaka
Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah
12 Ogos 2024
7 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah iaitu di PPS Dewan Masjid Ar-Rasyidin, PPS JAPERUN Kuala Linggi, PPS Paya Lebar, PPS Ayer Limau dan PPS Ayer Paabas bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada 11 Ogos 2024.
Sehingga jam 12.00 tengah hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka melaporkan seramai 419 mangsa banjir melibatkan 123 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir semalam.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa-mangsa banjir termasuk kepada Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jernih; Masjid Dahariyah, Kampung Brisu dan Sekolah Agama Kampung Brisu yang teruk terjejas akibat banjir.
TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melihat kemajuan Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Jernih di Lubok China dan berharap projek ini dapat disegerakan supaya dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan yang terjejas.
Lawatan TYT Tun Seri Setia ini juga turut disertai oleh YB Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Ikin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 2

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 3

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 4

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 5

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 6

Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir daerah Alor Gajah 7

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Wednesday, 14 August 2024 by tytmelaka
Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM)

10 Ogos 2024
5 Safar 1446H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diadakan di Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur.

Majlis tayangan perdana sempena Jubli Intan MBM bertujuan untuk menelusuri sejarah perjalanan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk pertubuhan belia yang telah mencapai usia Jubli Intan bermula tahun 23 Julai 1948 sehingga kini serta menghargai, memperingati sumbangan dan perjalanan lebih tujuh dekad MBM yang telah mewarnai sebahagian sejarah negara selain sumber rujukan kepada generasi akan datang.

Turut ditanyangkan sejarah semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan Presiden MBM pada tahun 1988 sehingga 1990 serta bagaimana TYT Tun Seri Setia membawa World Youth Foundation ke Negeri Melaka.

Terima kasih kepada pendokong dan penggerak belia sejak dulu yang tidak pernah jemu memperjuangkan dan memartabatkan belia Malaysia yang semestinya pelbagai ranjau rintangan, pahit dan manis telah dilalui MBM seperti mana yang ternukil dalam sejarah yang telah didokumentarikan MBM hasil dari penceritaan mantan-mantan pimpinan MBM dan sejarah yang dibukukan sebelum ini.

Tahniah juga kepada semua yang telah bertungkus lumus yang telah berjaya menghasilkan sebuah dokumentari panjang berkisar perjalanan institusi pergerakan belia tertua di Malaysia malah di dunia ini.

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 2

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 3

Majlis Tayangan Perdana Dokumentari Jubli Intan Majlis Belia Malaysia (MBM) 4

M

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M

Friday, 09 August 2024 by tytmelaka
Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M
7 Ogos 2024
2 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri dan YBrs. Dr Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
MABIMS ditubuhkan bagi mewujudkan dan mengukuhkan semangat persaudaraan yang sedia ada di kalangan umat islam di asia tenggara. Antara negara yang turut serta dalam program ini Malaysia, Indonesia, Berunai dan Singapore.
Antara objektifnya ialah bagi memperkasa keutuhan jati diri belia Islam untuk menjadi generasi yang kalis masa hadapan, menerapkan kefahaman peri pentingnya belia minda kelas pertama dan gaya kepimpinan Islam ke arah tranfomasi diri, melahirkan pemimpin muda yang mempunyai qudwah hasanah bercirikan al-Qawiyul amin serta membina jaringan kerjasama dan hubungan diplomatik dengan negara-negara anggota MABIMS.
Program yang berlangsung sembilan hari bermula 6 hingga 14 Ogos disertai 40 peserta berpeluang untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membina jaringan kukuh dengan rakan-rakan dari negara anggota MABIMS serta bakal mencapai objektif dan memberi impak mendalam kepada pembangunan belia Islam di rantau ini.

Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor UTeM kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain

Wednesday, 07 August 2024 by tytmelaka
Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor UTeM kepada YBhg. Tan Sri Dato' Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain
6 Ogos 2024
1 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyempurnakan Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor UTeM kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain.
YBhg. Tan Sri merupakan tokoh korporat negara yang berjaya dan pengasas sebuah bank terkemuka di Malaysia. Beliau turut pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 1994 hingga 1998 dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari tahun 1995 hingga tahun 2000.
Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) serta turut dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1445H/2023M.
Hadir sama YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.

Penyerahan Watikah Pelantikan Pro-Canselor UTeM kepada YBhg. Tan Sri Dato' Abdul Rashid bin Haji Mohamed Hussain 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin

Wednesday, 07 August 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin
3 Ogos 2024
28 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin di Bukit Katil, Melaka.
Majlis ini juga adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan TYT Tun Seri Setia yang merupakan ikon serta bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin.
Sekolah yang dibina pada 5 Julai 1924 ini juga telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh wakil rakyat yang terkenal serta jaguh sukan tanah air yang terkenal.
TYT Tun Seri Setia turut menandatangani plak perasmian Dewan Lestari Tun Ali serta memotong pulut kuning simbolik penubuhan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin.
Selesai majlis berlangsung TYT Tun Seri Setia berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama rakan sekelas sewaktu bersekolah di sini.

Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin 2

Majlis Makan Malam sempena 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII
20 Julai 2024
14 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Berangkat sama, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta DYMM Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri.

Majlis Santapan DiRaja Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MEMBERKATI PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
20 Julai 2024
14 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII yang berlangsung penuh tradisi dan adat istiadat di Balairung Seri, Istana Negara.
Laungan ‘Daulat Tuanku’ dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara sejurus KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan.
Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dalam istiadat penuh bersejarah ini.
Berangkat sama, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Turut berangkat, DYMM Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri.
Istiadat pertabalan kali ini juga menyaksikan kehadiran Dato’ Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Singapura dan isteri Datin Paduka Ho Ching.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Timbalan-Timbalan Perdana Menteri; Menteri-Menteri Kabinet, ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 2

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua

Tuesday, 23 July 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua
18 Julai 2024
12 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli berangkat hadir pada mesyuarat kali ini.
Mesyuarat yang ke-266 yang dipengerusikan oleh DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 hari kedua 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266

Thursday, 18 July 2024 by tytmelaka
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266
17 Julai 2024
11 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 di Istana Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 2

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-266 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

Tarikh Kemaskini :
icon qr
logoiso
999960
Users Today : 1136
Users Yesterday : 1239
This Month : 7635
This Year : 90234
Total Users : 999960
Views Today : 8839
Total views : 12209793
Who's Online : 13
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP