ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Thursday, 04 July 2024 by tytmelaka
Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
26 Jun 2024
19 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Jawatankuasa Khas Pertabalan bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Melaka.
Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tersebut akan berlangsung pada 20 Julai 2024 di Istana Negara.
Hadir sama ialah YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertabalan; YBhg. Datuk Rozainor bin Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa; YBhg. Datuk Haji Mohd Aseral bin Jusman, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja mewakili Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Encik Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara.

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 2

Kunjungan daripada YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua

Thursday, 04 July 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua
25 Jun 2024
18 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dna YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua anjuran kerjasama antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Melaka Football Club (MFC).
Turut hadir YB Tuan Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri bersama isteri; YB Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Khaidhiriah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTeM; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Ahli Majlis FIFA.
Turut berlangsung upacara pemotong pulut kuning dan kek sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua dan penyampaian sumbangan kepada 15 pusat kebajikan dari Melaka.

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua 2

Majlis Makan Malam Putra Lagenda bersempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)

Wednesday, 19 June 2024 by tytmelaka
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
18 Jun 2024
11 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Sempena Hari Raya Aidiladha 1445H di perkarangan Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 2

Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta anakanda dan cucuanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.

Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M 2

Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1445H/2024M 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1445H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1445H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka
16 Jun 2024
9 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1445H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.

Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1445H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka 2

Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1445H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024
15 Jun 2024
8 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyempurnakan perasmian Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 yang berlangsung serentak di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri dan YB. Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Majlis dimulakan dengan lawatan ke tapak Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor yang mempamerkan sebanyak 37 buah aset klasik milik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti Mack Truck Scorpion, Morgan 3 Wheeler dan HD Street Glide Tiger.
TYT Tun Seri Setia dan para kenamaan seterusnya melawat ke Pameran Hang Tuah yang menghimpunkan pelbagai dokumen, manuskrip, artifak dan sumber-sumber baharu dalam usaha memperkukuh kewujudan legenda Hang Tuah, pahlawan Melayu Melaka. Pameran ini bakal berlangsung selama sebulan bermula 10 Jun hingga 7 Julai depan.
Majlis berakhir dengan lawatan ke tapak Malaysia Bike Week 2024 yang menghimpunkan ribuan peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara di Dataran MCORP.
Tiga acara besar yang berlangsung serentak ini diharap dapat menambahkan lagi kemeriahan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 2

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 3

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 4

Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 5

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Jamuan Teh bersama rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Majlis Jamuan Teh bersama rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama
DAULAT TUANKU
14 Jun 2024
7 Zulhijjah 1445H
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh bersama rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama, Melaka.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kemudiannya berkenan untuk beramah mesra bersama rakyat di kawasan Melaka Car Free Zone di hadapan Stadhuys / Bangunan Merah di Banda Hilir.

Majlis Jamuan Teh bersama rakyat Melaka di Dataran Pengkalan Rama 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
14 Jun 2024
7 Zulhijjah 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas limpah perkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Sultan Ibrahim telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga turut berkenan mengurniakan bakul makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada asnaf Negeri Melaka. Kemudian baginda turut berkenan menunaikan Solat Jumaat.

Majlis Pemasyhuran Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka

Tuesday, 18 June 2024 by tytmelaka
Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
13 Jun 2024
6 Zulhijjah 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas kesudian mencemar duli ke Melaka sempena Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di MITC, Ayer Keroh telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan melihat persiapan bagi Pameran Kenderaan Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.

Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka 2

Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka 3

Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

Tarikh Kemaskini :
icon qr
logoiso
1000134
Users Today : 1310
Users Yesterday : 1239
This Month : 7809
This Year : 90408
Total Users : 1000134
Views Today : 10063
Total views : 12211017
Who's Online : 18
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP