ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan.

Wednesday, 12 June 2024 by tytmelaka
Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan.
11 Jun 2024
4 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke The University of Lahore, Pakistan.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut Mr. Awais Raoof, Pengerusi Board of Governors, University of Lahore serta diberikan taklimat berkenaan University of Lahore.
Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan antara universiti swasta terbaik dan terbesar di Pakistan dengan jumlah penuntut seramai lebih 35,000 pelajar.
Antara kursus utama yang ditawarkan antaranya Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan, Seni, Sains dan Sains Sosial.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia diiringi oleh TYT Dato’ Mohammad Azhar Mazlan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Islamic Republic of Pakistan.

Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan 2

Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 Peringkat Kebangsaan

Monday, 10 June 2024 by tytmelaka
Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 Peringkat Kebangsaan
9 Jun 2024
2 Zulhijjah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Akuatik, Stadium Hang Jebat Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBrs. Tuan Asro bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Khairul Adri bin Dato’ Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Suprawee Sukerd, President of World Underwater Federation South East Asia dan YBrs. Tuan Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Malaysia.
Turut berlansung demo finswimming bagi acara surface, acara bifin, acara apnea dan acara immerson.
Tahniah dan syabas kepada kontijen Melaka yang telah menjadi Juara keseluruhan bagi Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024.Tahniah juga kepada Yong Aun Law dan Xuan Yun Regina Cheong daripada Pulau Pinang yang memenangi kategori individu lelaki terbaik serta kategori individu wanita terbaik.

Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan 2nd Malaysia Finswimming Championship 2024 Peringkat Kebangsaan 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam 10 Tahun Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) 2024

Monday, 10 June 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam 10 Tahun Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) 2024
8 Jun 2024
30 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam 10 Tahun Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) 2024.
Turut hadir YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sekaligus merasmikan majlis makan malam ini.
Untuk makluman, Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka atau lebih dikenali MELSDEAF telah ditubuhkan pada 18 Mac 2013. MELSDEAF adalah sebuah persatuan yang komited dalam pembangunan sukan orang pekak negeri Melaka dengan menyertai pelbagai program pembangunan sukan peringkat akar umbi bagi memastikan kesinambungan yang berterusan untuk melahirkan pewaris atlet-atlet warga OKU Pekak.
Mulai tahun 2023, MELSDEAF bergiat aktif melaksanakan Program TUNAS bertujuan mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja OKU Pekak dari peringkat akar umbi untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi. Antara acara-acara sukan yang popular ialah badminton, olahraga, futsal, bola sepak dan Orienteering.
Turut berlangsung penyampaian sagu hati kepada atlet-atlet OKU Pekak Melaka yang telah berjaya meraih 1 pingat perak dan 2 gangsa di Sukan Orang Pekak Malaysia ke-21 (SOPMA XXI) Kuala Lumpur 2023 yang lepas dan seorang penerima Anugerah IKON Sukan OKU Pekak Melaka.

Majlis Makan Malam 10 Tahun Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) 2024 2

Majlis Makan Malam 10 Tahun Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MELSDEAF) 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam

Monday, 10 June 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam
7 Jun 2024
29 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas diiringi YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada YB. Datuk Rahmad bin Mariman serta mendoakan agar mendapat haji yang mabrur.
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi sahabat lama yang sedang uzur.

Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam 2

Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam 3

Solat Jumaat di Masjid Al-Muhtadin, Kampung Bukit Kechil, Paya Dalam 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Monday, 10 June 2024 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
6 Jun 2024
28 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
YAB Datuk Seri Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka dan YBrs. Tuan Shaifulfazlee Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Majlis dimulakan dengan bacaan surah yasin yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, kemudian diikuti dengan solat Maghrib dan Isyak.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
4 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 3

Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 4

Majlis Makan Malam Sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 5

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
4 Jun 2024
26 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang diadakan di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis Istiadat turut dihadiri YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan isteri; Barisan Exco-Exco Negeri Melaka serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka.
Dalam ucaptama TYT Tun Seri Setia turut menjunjung kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kerana telah berkenan untuk melantik TYT Tun Seri Setia sebagai Yang Di-pertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua mulai 4 Jun 2024 selama 4 tahun.
TYT Tun Seri Setia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan beliau untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7 bagi penggal kedua dan juga kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Selain itu, TYT Tun Seri Setia turut menyatakan kemakmuran dan keselamatan yang sedang kita nikmati hari ini tidak akan berlaku tanpa koordinasi dan persefahaman daripada semua pihak. Negeri Melaka akan terus maju atas sumbangan dan penglibatan daripada setiap lapisan masyarakat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan entiti-entiti yang bertangungjawab dalam masyarakat keseluruhannya.
Justeru, bagi memastikan momentum agenda pembangunan dan kecemerlangan ini berkekalan, TYT Tun Seri Setia mengajak seluruh pemimpin dan rakyat untuk terus berganding bahu dan bersatu padu, mempertingkatkan semangat muafakat serta menyemarakkan semangat kerjasama di kalangan kita kerana itu adalah sebenarnya kunci kepada kejayaan dan kemakmuran yang kita kecapi selama ini serta berharap agar Negeri Melaka kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sentiasa menjunjung perlembagaan dan rukun negara.

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Rakaman Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Rakaman Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara

Rakaman Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41
2 Jun 2024
24 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang turut mengiring TYT Tun Seri Setia sepanjang kunjungan ini.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan singgah di reruai-reruai pameran buku dan membeli buku-buku yang ditawarkan.

Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41 2

Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41 3

Berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 kali ke-41 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar
31 Mei 2024
22 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut berlangsung Penyerahan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar berjumlah RM 40,000.00 daripada YBhg. Dato’ Seri Zainal Abidin.

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar 2

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

Tarikh Kemaskini :
icon qr
logoiso
1000123
Users Today : 1299
Users Yesterday : 1239
This Month : 7798
This Year : 90397
Total Users : 1000123
Views Today : 9937
Total views : 12210891
Who's Online : 19
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP