Menziarahi Hajah Rusiah binti Jauhari yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur
Tuesday, 28 April 2026
27 April 2026
8 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Hajah Rusiah binti Jauhari yang sedang menerima rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Manakala semalam TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron dan beberapa kenalan lain yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Perasmian Majlis Pelancaran 100 Hari Kejohanan 58th Asian Bodybuilding & Physique Sport Championship 2026
Tuesday, 28 April 2026
27 April 2026
8 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Majlis Pelancaran 100 Hari Kejohanan 58th Asian Bodybuilding & Physique Sport Championship 2026 yang diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YM Raja Lokman bin Raja Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan 58th Asian Bodybuilding & Physique Sport Championships 2026 merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bina Badan Malaysia (MBBF); YBhg. Dato Sri Ahmad Nazri bin Haji Kamil, Penasihat Kejohanan; YBhg. Datuk Paul Chua, Presiden World Bodybuilding & Physique Sport Federation (WBPF) dan YBhg. Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas Hotel Palace of the Golden Horses dan Mines Resort City.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Monday, 27 April 2026
25 April 2026
7 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ujong Pasir, Melaka.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2026 anjuran PUTRA Specialist Hospital Sdn Bhd & NASOM
Monday, 27 April 2026
25 April 2026
7 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita (NCWO) Melaka merangkap Penaung National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka hadir ke Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2026 anjuran PUTRA Specialist Hospital Sdn Bhd & NASOM yang diadakan di Hang Lekir Ballroom MITC, Melaka.
Lafaz Perasmian Program dan Gimik Pelancaran Facebook Page – Kumpulan Sokongan Autisme Melaka disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Kemudiannya YABhg. Toh Puan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Persembahan Terbaik yang disertai oleh anak-anak Autisme serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.
Turut hadir YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBrs. Encik Mohd Zahiruddin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka; YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad , Pengarah Hospital Melaka; YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhammad, Pengarah Jabatan Kebajikan & Masyarakat Negeri Melaka; YBhg Dato’ Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin, Penasihat NASOM Malaysia; YBrs Dr. Adam Al-Anas bin Mat Ali, Pengarah Program Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2026; YBrs. Dr. Mazidah binti Said, Pengerusi NASOM Melaka dan YBhg. Datuk Datin Hajah Norhaya binti Sulaiman, Pengarah Korporat NASOM Melaka.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Program Larian Amal ”MHS Run 200 Years of Glory”
Monday, 27 April 2026
25 April 2026
7 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Program Larian Amal ”MHS Run 200 Years of Glory” Bersempena 200 Tahun Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di Banda Hilir, Melaka.
Larian amal yang sejauh 5km melalui sekitar Bandar Melaka ini turut disertai oleh pelajar-pelajar SMK Tinggi Melaka dan para guru sekolah.
TYT Tun Seri Setia yang merupakan bekas pelajar di sekolah ini turut berkesempatan melawat sekitar kawasan sekolah dan asrama serta bilik guru.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Haji Selamat bin Kiai Haji Hashim
Monday, 27 April 2026
24 April 2026
6 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Selamat bin Kiai Haji Hashim di kediamannya Bukit Katil.
Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Monday, 27 April 2026
24 April 2026
6 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.
Hadir sama YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Durian Tunggal.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2026
Monday, 27 April 2026
24 April 2026
6 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Istiadat Kawalan Kehormatan Utama serta Merasmikan Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2026.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas kepimpinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka atas kejayaan melaksanakan lebih daripada 200 inisiatif sepanjang tempoh tiga tahun pentadbiran serta terus bergerak maju dan mencipta pelbagai pencapaian yang membanggakan.
TYT Tun Seri Setia turut berharap kerjasama dan komitmen semua pihak termasuklah Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan juga seluruh rakyat Melaka dapat diteruskan bagi memastikan Negeri Melaka akan terus maju dan jaya. Kemakmuran dan keselamatan yang sedang dinikmati ini tidak mampu dicapai tanpa koordinasi dan persefahaman semua pihak.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama YDH. Prof. Dr. KH. Nasaruddin Umar, MA, Menteri Agama Republik Indonesia
Friday, 24 April 2026
22 April 2026
4 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YDH. Prof. Dr. KH. Nasaruddin Umar, MA, Menteri Agama Republik Indonesia di Kementerian Agama Republik Indonesia, Jakarta, Indonesia.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Islamic Development Bank Group (IsDB) di Jakarta, Indonesia
Friday, 24 April 2026
22 April 2026
4 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Islamic Development Bank Group (IsDB) di Jakarta, Indonesia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut dan diberikan taklimat oleh YBhg. Datuk Amer Bukvic, Director and Resident Representative Regional Hub Indonesia IsDB.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










