Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
Monday, 09 December 2024
29 November 2024
27 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis perasmian Forum Usahawan Muda 2024 anjuran World Youth Foundation (WYF)
Saturday, 07 December 2024
28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H]
YT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Forum Usahawan Muda 2024 anjuran World Youth Foundation (WYF) bersama SME Corporation Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi World Youth Foundation; YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi bin Hj. Zaini, Rektor UiTM Melaka; YBhg. Prof.
Emeritus Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam; YBrs. Encik Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan Akademi Kenegaraan Malaysia dan Encik Meor Shahril Anuar bin Ahmad Rathuan, Naib Presiden Perniagaan Negeri.
Forum yang bertujuan untuk membuka ruang diskusi, perkongsian idea, dan pengetahuan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik, mampan, dan berdaya saing bagi usahawan masa kini yang perlu menangani cabaran perniagaan yang semakin kompleks dalam era globalisasi dan transformasi digital.
Dengan adanya forum ini diharap boleh menjadi satu titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih kukuh serta idea-idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing serta menjadi medan terbaik untuk kita mendapatkan pencerahan, bertukar pandangan, dan memperkukuh semangat dalam menghadapi cabaran masa kini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pementasan Pembukaan Wayang Perpaduan ”Manek Sulamkan Ayer Mata” Teater Semi Muzikal
Saturday, 07 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyaksikan Pementasan Pembukaan Wayang Perpaduan ” Manek Sulamkan Ayer Mata ” Teater Semi Muzikal.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ulang tahun kelahiran YABhg. Toh Puan
Friday, 06 December 2024
27 November 2024
25 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman makan malam bersama keluarga dan cucuanda bersempena ulang tahun kelahiran YABhg. Toh Puan.
Turut hadir kenalan rapat dan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bagi bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran YABhg. Toh Puan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Seman bin Derus
Friday, 06 December 2024
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
‘Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali’
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”
غفر الله له ورحمه رحمة الأبرار، وأسكنه فسيح الجنان
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin.. Al-Fatihah.
24 November 2024
22 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Seman bin Derus (Mantan GPK Sekolah Menegah Dang Anum) yang telah kembali ke Rahmatullah dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulai.
Semuga roh nya dicucuri rahmat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2
Friday, 06 December 2024
24 November 2024
22 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni mangsa banjir semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2, Melaka yang menempatkan 38 keluarga.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia turut melawat kawasan banjir di Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Utama.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan Perlawanan Piala Malaysia antara Melaka FC menentang Terengganu FC yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.
Tahniah kepada pasukan Terengganu FC yang telah menang dengan keputusan 4 berbalas 1 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan S.I. Senin bin Che Mat
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir meraikan Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Pengiring Rapatnya, S.I. Senin bin Che Mat iaitu Cik Shakira Shuhada binti Senin & Pasangannya Encik Khairul Ikhwan bin Roslan di MITC, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad
Friday, 06 December 2024
23 November 2024
21 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di Red Zone, Jabatan Kecemasan dan Trauma serta sahabat lama, Ustaz Abdul Khalil bin Abdullah, yang juga mantan Pegawai Seranta Melaka yang kini sedang mendapatkan rawatan di wad D4 (Ortopedik) Hospital Melaka.
YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka dan YBrs. Dr. Sharifah binti Omar, Timbalan Pengarah (Perubatan) telah mengiringi TYT Tun Seri Setia semasa di Hospital Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling
Friday, 06 December 2024
22 November 2024
20 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pokok Asam, Jln Klebang Kecil, Kampung Pinang Batang Tiga, Tanjung Kling, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyantuni para jemaah serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti