ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar

Friday, 07 June 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar
31 Mei 2024
22 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut berlangsung Penyerahan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar berjumlah RM 40,000.00 daripada YBhg. Dato’ Seri Zainal Abidin.

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar 2

Solat Jumaat di Masjid As-Syaakirin, Batang Melaka, Selandar 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan

Friday, 31 May 2024 by tytmelaka
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
30 Mei 2024
21 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara pelunas zakat perniagaan agensi korporat ialah daripada Lembaga Tabung Haji, Kumpulan UTeM Berhad, Etiqa General Takaful Berhad, Etiqa Family Takaful, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Syarikat Air Melaka Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Celcomdigi Berhad, Perbadanan Melaka (MCORP), Melaka Bekal Sdn Bhd & Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd dengan keseluruhan penyerahan Zakat Perniagaan berjumlah RM7,420,080.13.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Abdul Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas Potongan Gaji Majikan Tertinggi Tahun 2023 bagi Sektor Swasta & Sektor Kerajaan kepada Malaysia Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) dengan jumlah potongan RM8,665,126.80 dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan jumlah potongan RM1,579,925.34.

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 3

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran meraikan keputusan cemerlang dalam SPM 2023

Friday, 31 May 2024 by tytmelaka
Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran meraikan keputusan cemerlang dalam SPM 2023
29 Mei 2024
20 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran bagi meraikan anak-anak kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aiman bin Nornikman dan adik Putri Fifie Farishah Binti Mohd Mizan yang mendapat keputusan 9A serta adik Amil Danish Ahmad Daud yang mendapat keputusan 6A.

Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran meraikan keputusan cemerlang dalam SPM 2023 2

Majlis Bacaan Yasin & Kenduri Kesyukuran meraikan keputusan cemerlang dalam SPM 2023 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka

Wednesday, 29 May 2024 by tytmelaka
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
28 Mei 2024
19 Zulkaedah 1445H
Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang telah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka di Istana Negara.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ini turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan; YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan

Tuesday, 28 May 2024 by tytmelaka
Menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan
26 Mei 2024
17 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan antara Pasukan Malaysia menentang Pasukan Thailand di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Pasukan Thailand atas kejayaan muncul sebagai Juara Piala Dunia di Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia ISTAF, Kuala Lumpur 2024.
Sekalung tahniah juga kepada Pasukan Malaysia yang muncul sebagai Naib Juara Dunia Sepaktakraw dalam pertarungan 3 set yang cukup sengit, namun Malaysia akhirnya tewas 1-2 kepada negara jiran, Thailand.
Manakala tempat ketiga pula dimenangi Pasukan Korea dan di tempat keempat, Pasukan Indonesia.

Menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan 2

Menyaksikan perlawanan akhir sepaktakraw Piala Dunia acara berkumpulan 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS

Tuesday, 28 May 2024 by tytmelaka
Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS
25 Mei 2024
16 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri serta 150 peserta program MFLS Tier 3.
MFLS ialah Program Nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin hari ini dan masa depan Malaysia. la telah dilancarkan pada 3 Mei 2019 di Dewan Canselor, Universiti Malaya. Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Kecemerlangan dan Pembangunan Kepimpinan (i-LEAD) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program ini. Tiga agensi utama yang terlibat dalam program MFLS ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pada 1 Januari 2024, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) kini dikenali Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri diamanahkan untuk meneruskan Program Nasional ini yang memasuki tahun ke-enam pelaksanaan.
Program MFLS Tier 3 adalah pelengkap kepada keseluruhan modul MFLS daripada Tier 1 hingga Tier 3 merangkumi elemen kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, kesukarelawanan, keusahawanan, komunikasi serta pengantarabangsaan.
Program ini juga tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja malah terbuka kepada pelbagai jenis latar belakang masyarakat Malaysia. Semua ini diadunkan menjadi satu modul yang akan mencungkil bakat dan kemahiran peserta secara lebih terperinci.
Hanya 150 orang daripada lebih 20,000 penyertaan yang berjaya hingga MFLS Tier 3. Peserta yang dipilih menyertai program MFLS Tier 3 akan berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang lebih banyak dengan pelbagai pendedahan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 2

 

Majlis Penutup Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2024 & Citrawarna MFLS 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat

Tuesday, 28 May 2024 by tytmelaka
Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat
24 Mei 2024
15 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat, Melaka.
Usai selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menziarahi keluarga Allahyarham Saniman Abd Ghafar yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia bersama ahli kariah masjid menjamu selera di Warung Kuih Keria Bang Botek di Sungai Putat.

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 2

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 3

Solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Sungai Putat 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, 49 tahun yang merupakan ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Cheras, Selangor.

Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 2

Penghormatan terkahir kepada Allahyarhamah Nurzana Hanim binti Hamzah, ahli keluarga YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Tahniah kepada Pasukan Malaysia yang berjaya menumpaskan Pasukan Brunei bagi saingan kumpulan C untuk acara Beregu Berkumpulan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan bertemu dengan Pasukan Malaysia serta mengucapkan tahniah atas kemenangan dan kejayaan memenangi gelaran juara dunia bagi acara Regu dan Beregu.

Menyaksikan Perlawanan Sepaktakraw Piala Dunia 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran Kedutaan Republik Islam Iran

Friday, 24 May 2024 by tytmelaka
Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran
23 Mei 2024
14 Zulkaedah 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran, Ebrahim Raisi di Kedutaan Republik Islam Iran di Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut TYT Mr. Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Duta Republik Islam Iran ke Malaysia.

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran 2

Menzahirkan ucapan takziah kepada Almarhum Presiden Republik Islam Iran 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21

Recent Posts

  • Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M Peringkat Negeri Melaka

    28 Februari 2025 29 Syaaban 1446H TYT Tun Seri ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP