Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
27 Julai 2023
9 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Francis Ndegwa Muhoro, Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya
26 Julai 2023
8 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Francis Ndegwa Muhoro, Pesuruhjaya Tinggi Republik Kenya ke Malaysia.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
26 Julai 2023
8 Muharam 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, 62 tahun, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Julai 2023.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub dan YB. Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh
17 Julai 2023
28 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan YB. Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; YBhg. Datuk Azman Bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Puan Norena Binti Jaafar, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad
13 Julai 2023
24 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah bersama-sama semua tetamu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Mr. Kim Hae Yong
6 Julai 2023
17 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Kim Hae Yong, Secretary General ASEAN-Korea Centre.
Beliau sebelum ini pernah menjadi Duta Besar Republik of Korea ke New Zealand, Myanmar dan Amerika Syarikat.
- Published in Arkib Berita, Berita
Perjumpaan bersama YBhg. Dato Zulkifli Amin, Konsul Kehormat Serbia ke Malaysia
6 Julai 2023
17 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato Zulkifli Amin, Konsul Kehormat Serbia ke Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
28 Jun 2023
9 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing
26 Jun 2023
7 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
- Published in Arkib Berita, Berita