Kunjungan Hormat dari YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat
Friday, 24 January 2025
22 Januari 2025
22 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Profesor Dr. Abdul Jalil bin Othman
Friday, 24 January 2025
21 Januari 2025
21 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Profesor Dr. Abdul Jalil bin Othman, Profesor Kehormat Fakulti Pendidikan UM serta YBhg. Datin Fauziah binti Abd Rahman dan Encik Mohd Kamarul Baharim bin Ali.

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Khairul Azihar Bin Rapar
Friday, 24 January 2025
21 Januari 2025
21 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Khairul Azihar Bin Rapar, Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan dan Tuan Haji Muhamad Hishamuddin Bin Muhamad Sohaimi, Pengarah Tabung Haji Melaka yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Tuesday, 14 January 2025
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
8 Januari 2025
8 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis bagi mempersembahkan Warkah Persilaan sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis.
Turut hadir YBM Dato’ Paduka Tengku Shaharin Abu Bakar lbni Almarhum Tengku Suleiman; YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka; YB. Tuan Haji Saad Bin Seman, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping Perlis; Encik Shaiful Amri Bin Ahmad Safian, Setiausaha Sulit Kanan Kepada DYMM Tuanku Raja Perlis dan Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohd Asarani, Setiausaha Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol Dan Istiadat Negeri Perlis.



- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Talib bin Baba
Wednesday, 08 January 2025
6 Januari 2025
6 Rejab 1446H
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Talib bin Baba yang telah meninggal dunia di kediamannya di Kandang, Melaka.
Usai majlis pengebumian TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi YBhg. Datin Seri Khadijah Mohamad Jiddy yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pantai, Melaka.


- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid bin Sikon
Wednesday, 08 January 2025
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِه وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”
4 Januari 2025
4 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid bin Sikon yang telah kembali ke Rahmatullah di tanah perkuburan Bukit Durian, Melaka.
TYT Tun Seri Setia kemudiaanya menziarahi keluarga arwah di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan dan salam takziah di atas kehilangan orang yang disayangi.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama ahli syurga dan para solihin, Aamiin. Al-Fatihah.



- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan daripada YBhg. Dr. Ir. H. Tengku Erry Nuradi
Tuesday, 07 January 2025
28 Disember 2024
26 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan daripada YBhg. Dr. Ir. H. Tengku Erry Nuradi, M.Si., Mantan Gubernur Sumatera Barat (2016-2018) di Istana Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia membawa menjamu selera di Gerai Hajah Rahmah Haji Ibrahim Kari Kepala Ikan di Bukit Katil.


- Published in Arkib Berita, Berita
Salam Takziah
Friday, 03 January 2025
27 Disember 2024
25 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam di atas pemergian dua (2) penuntut UTeM yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara Selatan, pada pagi 26 Disember 2024 lalu.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga roh Allahyarhamah Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarhamah Nurhanis Afryna Azizan yang telah kembali ke Rahmatullah dirahmati Allah SWT serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
TYT Tun Seri Setia turut mendoakan agar Cik Nur Hanis Suraya Supiyan dan Cik Azwalidiya Azman yang turut cedera dalam kemalangan yang sama agar segera sembuh seperti sediakala.
Kepada semua ahli keluarga yang terlibat, TYT Tun Seri Setia berharap agar bersabar dalam menghadapi saat duka ini.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah
Friday, 03 January 2025
26 Disember 2024
24 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka yang akan bersara wajib pada 3 Januari 2025.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan bakti semasa berkhidmat di Negeri Melaka.

- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Friday, 03 January 2025
24 Disember 2024
22 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg. Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd. Sanusi di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Arkib Berita, Berita