TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut diperkenalkan dengan YBhg. Datuk Roslan bin Ahmad, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Jersi, Logo Dan Pengenalan Pasukan Melaka Football Club (Melaka FC) yang diadakan di Hotel Casa Del Rio, Melaka.
Turut hadir YBhg. Datuk Wira Hj. Hamidin Bin Mohd Amin, Presiden FAM dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Bin Ahmad, Presiden MAFA.
Majlis penyerahan jersi pasukan Melaka FC di serahkan oleh En. Muru selaku Pengurus Besar Active Sports PUMA dengan menyampaikan jersi kepada TYT Tun Seri Setia sebagai simbolik pelancaran jersi baharu Melaka FC yang merupakan penaja pakaian bagi mengharungi saingan Liga M3 2023.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut sama hadir TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
Mesyuarat MRR kali ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
Majlis disusuli Majlis Santapan Tengahari Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-261 dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta DYMM Sultanah-Sultanah juga Isteri Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri dan isteri YAB Perdana Menteri.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2022 di Hotel LaCrista, Melaka.
Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2022 akan berlangsung pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YBhg Datuk Mohd Sumali Reduan, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM); YB Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong dan YBhg Datuk Akramuddin Abdul Aziz, Presiden Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM).
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan gimik perasmian Majlis Malam Gala Magic Of The Night 2022 di Dataran Sungai Melaka.
Hadir sama ke majlis YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar bin Haji Musa, Menteri Komumikasi dan Multimedia; YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Duta-Duta daripada pelbagai negara dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Galeri Warisan Kota Melaka dan Pelancaran Buku Warisan Kebangsaan Orang Hidup (WAKOH) di Galeri Warisan Kota Melaka, Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka.
TYT Tun Seri Setia diiringi YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan YB Datuk Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.
Turut hadir barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut merasmikan replika durian terbesar pada program Magical Melaka Food & Fruit Fest sempena Magic of the Night di Dataran Sungai Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam Hari Wartawan Nasional 2022 (HAWANA) yang diadakan di A’Famosa Resort, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Haji Annuar bin Haji Musa (Menteri Komumikasi dan Multimedia), YB. Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi (Ahli Dewan Negara), YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka) YB. Datuk Jailani bin Khamis (Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan) dan YB Datuk Zaidi bin Johari (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka).
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di- Pertua Negeri Melaka telah dianugerahkan “The Brand Laureate Legendary Brand Icon Leadership Award 2021”.
YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali telah menerima anugerah berkenaan bagi pihak TYT Tun Seri Setia yang kini berada di Almaty, Kazakhstan bagi menghadiri Mesyuarat Asian Karate Federation.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di atas penganugerahan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W) sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021