Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Halil bin Abdullah
Monday, 30 December 2024
11 Disember 2024
9 Jamaldilakhir 1446H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Haji Halil bin Abdullah mantan Ketua Penyelaras Masjid dan Madrasah Negeri Melaka telah kembali kerahmatullah di Masjid As Sajidin, Sempang Kerayong, Jasin.
Semoga Allahyarham diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.

- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin
Monday, 30 December 2024
10 Disember 2024
8 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor USM.
Kunjungan ini adalah bertujuan bagi mempersilakan TYT Tun Seri Setia ke Majlis Malam Gemilang Alumni dan Industri Universiti Sains Malaysia Tahun 2024 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 14 Disember 2024.
Hadir sama YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Persatuan Alumni USM.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Tuesday, 10 December 2024
4 Disember 2024
2 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi bagi mempersembahkan watikah pelantikan semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah diperkenan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Turut hadir YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Dato’ Dr. Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.

Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir 2
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah
Monday, 09 December 2024
28 November 2024
26 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Rafael Daerr, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Duta Besar telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
DUTA BESAR MALAYSIA KE ALGERIA MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
15 November 2024
13 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Encik Rizany Irwan, Duta Besar Malaysia ke Algeria.
- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENDAKWA SYARIE SERTA PENDAKWA-PENDAKWA SYARIE NEGERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
15 November 2024
13 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBrs. Tuan Atras bin Mohamad Zin, Ketua Pendakwa Syarie Serta Pendakwa-Pendakwa Syarie Negeri Melaka di Istana Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JHEV ATM KEPADA TYT TUN SERI SETIA
Tuesday, 03 December 2024
14 November 2024
12 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Datuk Seri Hj Mohamad Fazil bin Hj Shafie, Yang di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka; Lt Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Fksekutif Yayasan Veteran ATM; Lt Kolonel Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM; Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM dan Mejar Muhammad Zarifi bin Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka/Negeri Sembilan.
- Published in Arkib Berita, Berita
TYT TUN SERI SETIA TERIMA KUNJUNGAN EXCO NEGERI PERAK
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Dato’ Salbiah Mohamed, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
Hadir sama YB. Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka; YB. Puan Salina Samsudin, Naib Pengerusi Sekretariat Pembangunan Wanita serta Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
- Published in Arkib Berita, Berita
TAKLIMAT MINGGUAN YAB KETUA MENTERI MELAKA
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
KUNJUNG HORMAT TYT DUTA KYRGYZ REPUBLIK
Tuesday, 03 December 2024
12 November 2024
10 Jamaldilawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Mr. Anvar Anarbaev, Duta Kyrgyz Republik di Malaysia.
Selepas Kunjungan Hormat, TYT Duta telah menyempurnakan sesi menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita