Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Tuesday, 16 April 2024
16 April 2024
7 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Thursday, 04 April 2024
2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Istana Melaka.
Turut hadir YBrs. Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan); YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zaahari bin Mohd Ariffin
Thursday, 04 April 2024
2 April 2024
22 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zaahari bin Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ketiga Infantri yang baharu di Istana Melaka.
Hadir sama YBhg. Brigedier Jeneral Mohamad Noorlizam bin Shamsuddin, Panglima Markas Briged Pertama Infantri Malaysia dan YBhg. Brigedier Jeneral Khairul Izan bin Muhammad Suffian, Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada TYT Aiyub bin Omar
Friday, 29 March 2024
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Aiyub bin Omar, bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria dan TYT Shaharuddin Onn, bakal Duta Besar Malaysia ke Cambodia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
Friday, 29 March 2024
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat.
Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) dan Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia turut hadir mengiringi Panglima Tentera Darat.
- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed Sakan bin Ahmad
Thursday, 28 March 2024
26 Mac 2024
15 Ramadan 1445H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya: Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed Sakan bin Ahmad yang merupakan ayahanda kepada Puan Junivah binti Mohamed Sakan, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.
Semoga Allahyarham diampunkan dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Dr. Ruzita binti Mustaffa
Friday, 22 March 2024
20 Mac 2024
9 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Dr. Ruzita binti Mustaffa, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka.
Hadir sama YBrs. Dr. Shahrum bin Muzakir @ Lokman Arshad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) ; YBrs. Encik Mohd Nizam Bin Mohd Nasir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan); YBrs. Dr. Tan Ee Hong, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian); YBrs. Puan Saidatul Raihan binti lbrahim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi); YBrs. Puan Dorothy Dayang Henry Sum, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan YBrs. Dr. Noor Aizam bin Mohd Said, Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Tuesday, 19 March 2024
19 Mac 2024
8 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Puan Erne binti Hamsah dan YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar
Monday, 26 February 2024
19 Februari 2024
9 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Puan Erne binti Hamsah, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka yang baru dilantik.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat dari YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam
Monday, 26 February 2024
19 Februari 2024
9 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia merangkap Hakim Pengurus Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (Jenayah).
Hadir sama YA Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi (1) Melaka; YA Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi (2) Melaka; Puan Elesabet Paya Wan, Pengarah Kompleks Mahkamah Negeri Melaka merangkap Hakim Mahkamah Seksyen Melaka dan Puan Nur Syafawati binti Arifin, Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita