Kunjungan Hormat dari YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid
Monday, 26 February 2024
15 Februari 2024
5 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Dato’ Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta delegasi.
Turut hadir sama Encik Khairizam bin Ibrahim, Pengurus Besar TNB Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi
Friday, 16 February 2024
13 Februari 2024
3 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Turut hadir ialah YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Maslina binti Baki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyaksikan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara Bagi Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 dan Laporan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Zakat Melaka Sdn. Bhd. oleh Ketua Audit Negara kepada YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman
Friday, 16 February 2024
13 Februari 2024
3 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YBhg. Datuk Ir. Ismail bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.
Dalam perjumpaan ini TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa
Monday, 05 February 2024
1 Februari 2024
20 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
YAB Ketua Menteri Melaka turut memperkenalkan Tuan Haji Abdul Hakim Abdul Wahid yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YBrs. Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek
Tuesday, 23 January 2024
22 Januari 2024
10 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek, Bakal Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Ashadi bin Ahamad
Thursday, 11 January 2024
10 Januari 2024
28 Jamaldilakhir 1445H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Ashadi bin Ahamad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Tanah Perkuburan Islam Bukit Bayan, Bukit Katil.
Semoga Allahyarham diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Majlis Profesor Negara (MPN)
Thursday, 11 January 2024
10 Januari 2024
28 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Majlis Profesor Negara (MPN) yang dihadiri oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Lembaga Pengarah Pengerusi UiTM dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka.
Hadir sama Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya dan Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat dari YBhg. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob
Thursday, 04 January 2024
3 Januari 2024
21 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Laut, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)
Hadir sama YBhg. Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Bin Hj Ludin, Panglima Armada Barat; YBhg. Laksamana Muda Mohamad Azuwan Bin Harun, Asisten Ketua Staf Perancangan Dan Pembangunan Di Markas Tentera Laut dan YBhg. Laksamana Muda Hj Satria Sarawak Bin Hj Jais, Asisten Ketua Staf Materiel.
- Published in Arkib Berita, Berita
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed
Wednesday, 03 January 2024
2 Januari 2024
20 Jamaldilakhir 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed, 82 tahun yang merupakan ayah kepada Puan Hasidah Mohamed, Pembantu Operasi yang bekerja di Istana Melaka di Tanjung Kling, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 13 December 2023
12 Disember 2023
28 Jamaldilawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka
Turut dibentangkan berkenaan memperkasa penglibatan Negeri Melaka dalam Industri Makanan Negeri Melaka dalam dan luar negera bagi tahun 2022 hingga 2030.
- Published in Arkib Berita, Berita