Mengurus dan mentadbir kerja-kerja pentadbiran dan kewangan untuk Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Menguruskan sumber manusia secara optima yang melibatkan perlantikan jawatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan ke taraf pencen, kenaikan pangkat, tatatertib, persaraan dan cuti untuk kakitangan.
Merancang kursus-kursus dan latihan yang bersesuaian dengan kakitangan untuk kemajuan kerjaya dan peningkatan profesionalisme.
Merancang, mengurus dan mengawal perbelanjaan Jabatan secara bersesuaian dengan tujuan peruntukan yang diluluskan.
Memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan diurus secara profesional dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
Menguruskan kerja-kerja penyeliaan, jadual bertugas dan kawalan kakitangan Istana Melaka.
Memberi perkhidmatan personel kepada T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A. Bhg. Toh Puan serta tetamu.
Mengawal selia bangunan, lanskap dan logistik Istana Melaka.
Memastikan sistem keselamatan di Istana Melaka dalam keadaan terbaik.
Memastikan etika dan protokol majlis-majlis yang diadakan dipatuhi sepenuhnya.
Memastikan kod etika dan tatacara semasa Kunjung Hormat dan majlis-majlis rasmi dipatuhi seperti yang ditetapkan.
Memastikan aturcara majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi bersesuaian dengan kedudukan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Memastikan urusan-urusan Pejabat KDYMM Sultan-Sultan, Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri-Negeri dan Pejabat Para Perwakilan Asing dilaksanakan mengikut protokol yang ditetapkan.
Memberi khidmat nasihat berkaitan protokol & istiadat kepada mana-mana organisasi dan orang awam yang melibatkan T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka.