Assalamualaikum.
Saya amat mengalu-alukan pelawat-pelawat ke laman sesawang Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka. Usaha untuk mewujudkan laman sesawang dari kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ini adalah sebagai salah satu daripada usaha Pejabat ini untuk memberi perkhidmatan dan pengetahuan yang berguna kepada masyarakat berkaitan dengan peranan dan fungsi Jabatan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan IT yang meluas merupakan salah satu media penting dalam mempromosikan Jabatan.
Oleh itu, Pejabat ini mengambil inisiatif untuk menggunakan laman sesawang ini sebagai salah satu alternatif untuk memudahkan rakyat khususnya yang berada di Negeri Melaka amnya dan yang berada di luar Melaka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Pejabat ini. Saya amat menghargai segala pandangan dan komen-komen dari para pelawat laman sesawang ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan maklumat yang ada.
Semoga dengan adanya laman sesawang Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka ini sedikit sebanyak akan dapat memudahkan urusan orang awam, Jabatan Kerajaan, pelajar-pelajar dan Badan-badan Bukan Kerajaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Pejabat T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka ini.
Sekian, Terima Kasih.
Salam Hormat,
ENCIK FARHAN BIN ABDUL RAHIM
Setiausaha Sulit
T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Melaka