ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 23 July 2024 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA MEMBERKATI PEMERINTAHAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU
20 Julai 2024
14 Muharram 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII yang berlangsung penuh tradisi dan adat istiadat di Balairung Seri, Istana Negara.
Laungan ‘Daulat Tuanku’ dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara sejurus KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan.
Keberangkatan tiba KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong diiringi KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dalam istiadat penuh bersejarah ini.
Berangkat sama, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.
Turut berangkat, DYMM Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, Raja Bahrain dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri.
Istiadat pertabalan kali ini juga menyaksikan kehadiran Dato’ Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Singapura dan isteri Datin Paduka Ho Ching.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Timbalan-Timbalan Perdana Menteri; Menteri-Menteri Kabinet, ketua-ketua perwakilan asing ke Malaysia serta ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 2

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII 3

  • Tweet

What you can read next

Solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia
Solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia
Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah
Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah
aktiviti tyt
Kunjungan Hormat daripada Lembaga Pelabuhan Melaka (LPM)

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    Kunjungan Hormat YBhg Datuk Ginie Lim

    11 Jun 2025 14 Zulhijjah 1446H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP