Perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 “Navigating Global Trade Shifts: Asia’s Response to United State Tariffs under Trump and Beyond…”
Monday, 07 July 2025
5 Julai 2025
9 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Persidangan Perdagangan Asia 2025 “Navigating Global Trade Shifts: Asia’s Response to United State Tariffs under Trump and Beyond…” anjuran Center for Economic and Sustainable Development (CESDAsia) bersama Research and Information System for Developing Countries (RIS).



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka
Monday, 07 July 2025
27 Jun 2025
1 Muharam 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Imam Ghazali, Bakar Batu, Bachang Melaka dan menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta kepada warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia kemudiannya menjamu selera bersama penduduk kampung Bakar Batu di Kampung Bakar Batu.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri Melaka Tahun 2025
Monday, 07 July 2025
26 Jun 2025
29 Zulhijah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 dengan tema “Membangun Ummah Madani” yang diadakan di Masjid Al-Hakeem, Kampung Tehel, Melaka.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1446H disusuli bacaan doa awal tahun 1447H yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Usai Solat Maghrib, TYT Tun Seri Setia diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menyempurnakan perasmian majlis dan gimik pelancaran Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025M serta Majlis Peluncuran Buku Tatacara dan Panduan Pengurusan Perkahwinan, Penceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Melaka diikuti Majlis Peluncuran Inovasi Lafaz Taklik dalam tulisan Braille Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah (Anugerah Abu Bakar As-Siddiq) peringkat Negeri Melaka 1447H/2025M kepada YBhg. Dato’ Azmar bin Talib, serta 11 anugerah lain kepada individu yang telah banyak menyumbang jasa kepada masyarakat, khususnya di Negeri Melaka.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka ini akan menyemarakkan lagi semua pemenang untuk terus berjasa kepada masyarakat, negeri dan negara, serta menjadi contoh kepada insan lain.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada kenalan lama iaitu Mendiang Datuk Yee Ah Kuon
Monday, 07 July 2025
26 Jun 2025
30 Zulhijah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada kenalan lama iaitu Mendiang Datuk Yee Ah Kuon di Machap Umboo, Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang menerima rawatan di hospital antaranya Mr. Chan Teong Huat di Hospital Pantai, Encik Ab Jalil bin Bakar di Puta Hospital dan Tuan Haji Ibrahim bin Haji Duralim yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Orkid, Hospital Melaka setelah mengalami kemalangan jalan raya di Pengkalan Badak, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menyantuni pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital yang dikunjungi serta mendoakan agar semuanya segera sihat, sembuh dan dipermudahkan segala urusan.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang
Thursday, 26 June 2025
25 Jun 2025
29 Zulhijah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO) Melaka mengadakan Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.
Semasa lawatan ini, YABhg. Toh Puan dan delegasi NCWO telah diberikan taklimat serta penerangan oleh YBrs. Puan Nurul Nadiah binti Nasurdin, Timbalan Penguasa serta barisan pegawai Penjara Sungai Udang.
Lawatan dimulakan dengan melawat Blok Pejabat Pengurusan Wanita dimana pemeriksaan fizikal dan keperluan asas prospek diuruskan sebelum prospek ditempatkan di blok penempatan. Lawatan diteruskan ke Blok Program Pemulihan Insan (PPI) yang merupakan sebahagian daripada pendekatan pemulihan dari segi membentuk semula pemikiran, sikap dan tingkah laku prospek.
YABhg. Toh Puan kemudiannya turut berkesempatan beramah mesra bersama anak-anak prospek wanita Penjara Sungai Udang serta dibawa melawat ke bengkel pemulihan prospek penjara wanita seperti Bengkel Pastri dan Bengkel Amanah – Pembuatan Rempeyek. YABhg. Toh Puan turut mengambil peluang membuat sendiri rempeyek dan menghias kek cawan dengan kreativiti yang tersendiri.
Bagi penutup lawatan, YABhg. Toh Puan telah menyerahkan sumbangan dari NCWO Melaka kepada YDH. Tuan Khairil Nizam bin Anuar, Timbalan Komisioner Penjara sebagai wakil pihak Penjara Sungai Udang.
Untuk rekod, Penjara Sungai Udang ini telah dibina di atas tanah yang berkeluasan 129.8 ekar dan siap dibina pada Tahun 2010. Penjara Sungai Udang mula beroperasi sepenuhnya pada 25 Mei 2010 bagi mengantikan Penjara Lama di Bandar Hilir serta boleh memuatkan kapasiti banduan seramai 3,240 orang.
Turut hadir sama YBhg. Datin Hajah Rosnani binti Mohamed, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia; YDH. Puan Hajah Nora binti Musa, Komisioner Penjara merangkap Pengarah Bahagian Korektif; YDH. Tuan Khairil Nizam bin Anuar, Komisioner Penjara merangkap Pengarah Penjara Sungai Udang; YDH. Puan Norneelah binti Shukor, Penolong Kanan Komisioner (Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti); YBhg. Datin Hajah Norhaya binti Sulaiman, Naib Pengerusi 3 NCWO Melaka dan YBhg. Datin Hajah Ernie Adilia binti Dato Karim, Isteri kepada YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan & ADUN Paya Rumput.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia
Friday, 20 June 2025
19 Jun 2025
22 Zulhijah 1446H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hjh Asmah binti Ab Rahman, selaku Canselor Universiti Geomatika Malaysia, menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-17 Universiti Geomatika Malaysia yang berlangsung di Dewan Merdeka World Trade Center, Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi Mohamad, Presiden Kumpulan Pendidikan Geomatika ; YBhg. Profesor Datuk Seri Dr. Haji Irmohizam bin Ibrahim, Pro-Canselor Universiti Geomatika Malaysia ; YBhg. Profesor Dr. Haji Raduwan bin Idar, Naib Canselor Universiti Geomatika Malaysia ; dan Yang Dihormati Prof Madya Siti Solehah binti Ghazali, Rektor Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan. Majlis telah berlangsung secara gilang gemilang bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian bagi tahun 2025.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Kampung Chabau, Asahan
Friday, 13 June 2025
13 Jun 2025
16 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Kampung Chabau, Asahan, Jasin seterusnya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan Pegawai Syarak Masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan ke Tapak Green One iaitu tempat pembuatan kertas dari daun nanas dan pelbagai lagi serat tumbuhan dan serat buah-buahan.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan
Friday, 13 June 2025
13 Jun 2025
16 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat.
Majlis penyerahan Zakat Perniagaan ini disertai oleh tiga belas (13) agensi antaranya ialah Perbadanan Melaka (MCORP), Takaful Malaysia, Kumpulan UTeM Holdings, Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd, Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd, Maybank Islamic Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Public Islamic Bank Berhad, Melaka Bekal Sdn Bhd, Sun Life Malaysia, Qaizer Consultancy Sdn Bhd dan Selia Selenggara Engineering Sdn Bhd dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 4,532,013.57.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Hai Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Friday, 13 June 2025
9 Jun 2025
12 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Ibadah Korban bersama Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) Sempena Hari Raya Aidiladha 1446H di perkarangan Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim
Friday, 13 June 2025
9 Jun 2025
12 Zulhijjah 1446H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya:Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Hajjah Azizah binti Jaim di Bukit Katil serta menyampaikan takziah kepada ahli keluarga.
Semoga Allahyarhamah diampunkan dosa serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti