Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M
Friday, 13 June 2025
7 Jun 2025
10 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1446H/2025M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan menziarahi makam Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Mantan Ketua Menteri Melaka di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melihat acara korban berkelompok yang diadakan di dataran Masjid Al-Azim serta menyempurnakan penyampaian daging kurban.
Program Kurban Perdana Peringkat Negeri Melaka tahun 1446H di Masjid Al-Azim kali ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak ezQurban. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penerima-penerima.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak
Friday, 13 June 2025
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1446H & Solat Isyak di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga
Friday, 13 June 2025
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka serta anakanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang uzur iaitu Encik Mohamad Ahad di Sungai Putat kemudiannya di Peringgit TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Dato’ Sidang Haji Johar, Encik Mawi, YBhg. Datuk Haji Haron bin Mohd Dom dan Encik Fakir Mohd bin Karim di Bukit Katil.





- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal
Friday, 13 June 2025
6 Jun 2025
9 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An Nur, Kampung Beringin, Durian Tunggal seterusnya menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan Pegawai Syarak Masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menjamu selera di gerai makan di Durian Tunggal bersama YB. Datuk Zahari bin Abd Khalil, Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Durian Tunggal yang turut hadir sama.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan Terakhir kepada mendiang Madam Lee Leong Bee dan mendiang Madam Chua Seah Pea
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberikan penghormatan terakhir kepada Mendiang Madam Lee Leong Bee dan Mendiang Madam Chua Seah Pea di Jelutong Funeral Hall, Sungai Putat.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang dan berharap keluarga bersabar di atas kehilangan orang tersayang.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Kali Ke-12
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen Khatam Hafazan Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Al-Quran Sayyidina Ali kali ke-12, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Dalam majlis ini beberapa anugerah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar cemerlang antaranya ialah Anugerah Khatam Hafazan, Anugerah Muaz bin Jabal, Anugerah Abdullah bin Mas’ud, Anugerah Anas bin Malik, Anugerah Dekan, Anugerah Tahriri, Anugerah al-Syatibi dan Anugerah al-Qaradawi.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Muiz Hakimi bin Mohd Khairi yang mendapat Anugerah Sayyidina Ali (Tokoh Huffaz) iaitu anugerah untuk pelajar yang cemerlang daripada sudut akademik, hafazan Al-Quran, penglibatan kokurikulum dan sahsiah sepanjang 3 tahun pengajian.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan-graduan yang telah berjaya dan semua warga kerja KAQSA bagi menjayakan majlis ini.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Melaka Titans Juarai CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025
Wednesday, 04 June 2025
4 Jun 2025
7 Zulhijjah 1446H
Tahniah kepada Pasukan Melaka Titans yang telah muncul Juara bagi saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) Division 1 2025.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa dan Pemain Persatuan Sepak Takraw Melaka.
TYT Tun Seri Setia berharap semoga Pasukan Melaka Titans akan terus maju dan berjaya bagi mengharumkan nama Malaysia dan Negeri Melaka khususnya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025
Monday, 02 June 2025
2 Jun 2025
5 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Showtech Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2025 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI; YBrs. Dr. Azman bin Ismail, Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola MARDI dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka
Sunday, 01 June 2025
1 Jun 2025
4 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Liga Futsal Tahun 2025 Piala Yang di-Pertua Negeri Melaka anjuran Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBhg. Datin Sapiah binti Haron, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) serta YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Presiden Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka.
Kejohanan Liga Futsal Piala TYT yang berlangsung dari 18 Mei hingga 1 Jun 2025, disertai oleh 76 pasukan futsal lelaki dari pelbagai peringkat termasuk institusi pengajian tinggi, sektor swasta, jabatan kerajaan dan komuniti setempat. Malah, kejohanan ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pasukan dari zon selatan.
Tahniah dan syabas kepada Pasukan REBELS FT yang muncul juara kejohanan ini. Tahniah juga kepada naib juara pasukan BR’D VAMOS dan ditempat ketiga pasukan TEN PM, ketiga-tiga pasukan berasal dari Kuala Lumpur.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf
Saturday, 31 May 2025
31 Mei 2025
3 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak perempuan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusuf, Mantan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, juga mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia iaitu Cik Amilia & Pasangannya Encik Dzulfikri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj & Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Turut hadir YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor dan YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti