
14 Januari 2025
14 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke sesi perbincangan bersama Yunnan Aviation Industry Investment Group (YAG) yang diketuai oleh Mr. Jia Suo, Vice President of YAG, Chairman of Kunming Airport di Kunming, China.
Turut hadir Ms. Ma Jianhul, Director Marketing Development Department, Kunming Airport; Mr. Du Yao Deputy Director, Marketing Development Department YAG; Mr Ren Xiaodan, Marketing Development Department YAG dan Mr. Mao Shunjlao, Marketing Development Department YAG.
Yunnan Airport Group adalah sebuah kumpulan perkhidmatan pengangkutan udara milik kerajaan yang berskala besar dan kerjasama operasi pembangunan lapangan terbang peringkat wilayah secara langsung di bawah Kerajaan Wilayah Yunnan. Syarikat ini juga melaksanakan pengurusan bersepadu lapangan terbang awam di wilayah Yunnan. Pada masa ini, kumpulan ini menguruskan 18 buah lapangan terbang di Wilayah Yunnan.
