
16 Januari 2025
16 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan perjumpaan bersama His Excellency Mr. Liu Xiaoming, Governor Hainan Province di Haikou, China.
Dalam perjumpaan TYT Gabenor Hainan berkata, Hainan dan Malaysia rapat dari segi geografi dan budaya, dan mempunyai asas yang baik untuk kerjasama dengan Melaka dan berharap dapat bekerjasama dengan Negeri Melaka dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pertanian, pelancongan, ekonomi digital, tenaga bersih dan teknologi hijau.
TYT Gabenor Hainan turut mengalu-alukan perusahaan Negeri Melaka untuk melabur dan menubuhkan perniagaan di Hainan, dan mempromosikan sumber berkualiti tinggi Malaysia untuk memasuki pasaran tanah besar China dengan lebih mudah serta menggalakkan perusahaan China untuk melabur dan membangun di Melaka dan Malaysia melalui Hainan.
TYT Tun Seri Setia berkata, Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik tahun lepas dan kedua-dua negara mempunyai sejarah pertukaran persahabatan yang panjang serta sangat kagum dengan pemandangan Hainan yang indah, warisan yang mendalam dan sambutan yang mesra.
Turut hadir Mr. Fu Xuanchao, Secretary-General, Hainan Provincial People’s Government; Ms. Dai Zhen, Director-General Foreign Afairs Office; Mr. Chen Tiejun, Director-General Department of Tourism, Culture, Radio, Television and Sports; Ms. Ning Hongwen, Chairman China Council for the Promotion of International Trade Hainan Provincial Committee dan Ms. Tang Hua, Director-General Hainan Provincial Bureau of Intenational Economic Development.

