
18 Januari 2025
18 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melancarkan sekaligus menyertai acara UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM melibatkan perjalanan hampir 7km sekitar kampus UTeM yang telah disertai kira-kira 2000 warga UTeM melibatkan Pengurusan Tertinggi, Kakitangan dan Pelajar.



