
21 Januari 2025
21 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Grand Swiss-Belhotel Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.

