
7 Mac 2025
6 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid di Masjid Al Junid, Taman Kenangan Chinchin, Jasin, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Ustaz Abu Bakar bin Amin, 85 tahun mantan imam Masjid Al Junid yang sedang uzur di kediamannya berhadapan dengan masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Mohd Redzuan Raffi, Pengasas Madrasah Tahfiz Wal Ulum Darul Yamani yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Jasin dan TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Yee Ah Koon yang sedang menerima rawatan di Hospital Mahkota, Melaka.



