
27 April 2025
28 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Pantai Kundor oleh YB. Tuminah binti Kadi@Mohd Hashim, Adun Pantai Kundor di Arena Petanque, Pantai Kundor, Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Wira Salhah binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka.


