
14 Mac 2025
13 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengagihkan lebih 2000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.


