
17 Mac 2025
16 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Tentera Kem Terendak di Sungai Udang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Panglima Divisyen Ketiga Infantri dan YDH. Brigedier Jeneral Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa serta solat Maghrib di Kelab Rekreasi Pegawai Tentera (AORC), Kem Terendak dan diteruskan dengan solat Isyak serta Tarawih di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak.
Usai moreh bersama warga kem TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan Bingkisan Ramadan dan sumbangan kepada masjid.


