
28 Mac 2025
27 Ramadan 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Muhaimin, Bemban, Jasin, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Majlis diteruskan dengan Solat Jumaat. Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Hari Raya kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.




