
5 April 2025
4 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YAB Datuk Seri Anwar bin lbrahim, Perdana Menteri dan isteri YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan lsmail; YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan isteri YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz; YB Datuk Aaron Ago Anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan isteri YBhg. Datin Ping Bungan.
Majlis ini merupakan kesinambungan tradisi sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh YAB Perdana Menteri bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Bertemakan ‘ Ihsan Menyentuh Jiwa, Toleransi Menyatu Negara’, program ini mengangkat nilai ihsan dan semangat toleransi sebagai asas kepada kesatuan dalam kepelbagaian. Ia turut menjadi wadah untuk meraikan kemajmukan budaya Malaysia dan memperkukuh nilai keharmonian serta kesejahteraan dalam masyarakat.
Hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran lebih 60,000 pengunjung yang dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah tradisional, menambah seri dan kemeriahan suasana Syawal pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Melaka kerana telah dipilih menjadi lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia (VM 2026) oleh Kerajaan Persekutuan.



