
21 Mei 2025
23 Zulkaedah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman melawat Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Pulau Langkawi, Kedah.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YDH. Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan Encik Mohamad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi.
TYT Tun Seri Setia kemudian melawat beberapa reruai di MIEC antaranya Turkey Aerospace Industries, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Desan Shipyard (Turki), Leonardo (Itali), WESTSTAR Aviation Services, Galaxy Aerospace Malaysia dan lain-lain.
LIMA’25 menyaksikan penyertaan sebanyak 860 syarikat pempamer, yang terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.
Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini turut menampilkan penyertaan rasmi daripada 46 buah negara, menjadikannya antara edisi terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak lebih tiga dekad.



