
30 Mei 2025
2 Zulhijjah 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat Masjid Al Ridhwan, Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Setelah selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan serta mendengar taklimat Program Projek Kampung Angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampung Bukit Nibong, Ayer Molek.
Antara projek yang dijalankan ialah Projek Pembuatan Kerisik Kampung; Projek pembuatan kaki palsu menggunakan pencetak 3D; Projek pembuatan lilin wangi menggunakan minyak masak terpakai dan Projek Sistem Ternakan Ikan Keli Mudah Alih – Portable Aqua Smart System (PASS).


